Rumah Pertamaku Part 5 : Kabinet Dapur

Keinginan dan impian Azrin untuk memiliki dapur yg serba berfungsi setiap hari adalah impian yang Azrin pendam sejak dari dulu. Maksudya tiap2 hari masak la kiranya . Kalau boleh nak dapur tu berasap setiap hari. Jadi nya haruslah merialisasikan dapur impian. Sebabkan Azrin pernah duk umah sewa yang mempunyai kabinet dapur  jenis 3D glass. ketika itu, seluruh kawasan taman perumahan kami dilanda banjir kilat. Sampai lutut la jugak. Disebabkan terendam dalam air selama lebih dari 24 jam , struktur kayu pada kabinet tersebut mengembang dan merekah. Kesan dari banjir tu Azrin tergerak untuk beli kabinet yang tahan lama setelah pindah rumah baru .

Azrin letak space sebelah sinki tu as tempat membasuh (nak letak mesin basuh) which is built the socket dan water inlet and outlet.

Pemilihan sinki, mozek dan paip oleh Azrin

Banyak juga lah Azrin letakkan usaha untuk memilih dan membandingkan jenis kabinet. Secara tak lansung Azrin terpikat dengan design Alluminium Kabinet disebut sebagai Alloy. Tips YeAlloy nie ada kelebihan anti-termites, anti-rust dan takkan mengembang bila lembap atau kena air. cumanya harganya agak mahal. Kabinet yang 8ft panjang tinggi dalam 9ft pun memakan belanja lebih 11k. 

Azrin order melalui Alloy Kitchen . sebabkan showroom nya dekat ngan rumah Azrin. So Azrin decide nak amik . Hasil nya memang kemas . yang pasang kabinet tu cina . haruslah tahu kerja dorang agak teliti . Dorang punya customer service perempuan melayu Pn Ema . Dia akan guide dan beri advice semasa sesi rundingan. korang leh a pergi tengok showroom dan mintak quotation. installation tu kene que dan kene ada pembayaran deposit 50% untuk kilang buat kabinet macam harga bahan tu. Selain tu dorang pun ada hood installation service. Cina jugak yang tebuk dinding tu pun kemas . Mereka akan bagi suggestion before tebuk dinding kita. Masa time Azrin tu, hole tu terlindung dari paip air hujan , so Azrin suruh dorang pasang secantik munkin . So paip yang terpotong tu , Azrin mintak contraktor betulkan bagi kemas. Selain tu ada masalah backsplash rendah . Tips seterusnya, pastikan backsplash korang tinggi dalam 5-6 kaki. Rugi je nanti cam Azrin punya . Nak suruh contractor tu betulkan , cuma tak tersuruh lagi . insyallah nanti kalau rajin, Azrin buatlah sendiri . Hehehe .

Azrin pilih warna light oat yang wood stain punya corak. Selalu plain kan . citarasa Azrin yang ala2 kampung nie , Azrin combine kan warna putih dan light oak . Pada bahagian base Azrin letak 2 laci/drawer yang besar. Tips nie Azrin nak share kat korang . Drawer nie penting . Tak yah lah korang tertongeng2 nak amik barang yang dekat belakang if korang letak para kat bawah. Pilih laci yang besar, sebagai contoh twin drawer. Ia bagi memudahkan anda menyimpan barang yang besar. Pada drawer/laci pertama Azrin plan nak letak everything flour atau bahan2 masak yg dlm tupperware 1L tu. Untuk 2nd drawer Azrin plan pulak nak letak pinggang mangkuk yang kaca. so tak yah la nak letak kaca kat atas. Jatuh berkecai dah susah. sebabkan tile konkrit Azrin warna putih , base dan struktur atau tulang Azrin pilih warna light oak. Pada bahagian atas pula , Azrin memilih putih pada pintu. Tips lagi, kalau suka kabinet warna putih pastikan pintu bahagian bawah tidak berwarna putih, seeloknya pilih warna lain. Penjagaan agak sukar. Kalau rajin ok je . atau kalau malas masak boleh je guna putih .


Azrin bagi gambar segedabak . pasal sinki tu memang pelik sebab ruang dapur Azrin sangat lah kecil, sebab Azrin letakkan mesin basuh di sebelah sinki. Mulanya memang rasa kecewa . tapi no option . nak santak renovation ke belakang, umah Azrin tak de ruang belakang . Cumanya nie pilihan yang ada, selain Azrin rasa syukur untuk terima kekurangan . gitu....K

Kecil dan berasap setiap hari . itu titik noktah bahagianya dapur ku.

Rumah Pertamaku Part 3 : Ceilling dan Wiring

Part yang paling berat dan renyah adalah renovation. Azrin buat small renovation which is konkrit kabinet as base. yang kabinet tu Azrin cite part 5. kita ikut urutan kepentingan ye. 

L box dengan 2 lampu kaca size kecil. Ruan 9 x 10

Then untuk ceilling Azrin ada buat pembaharuan which is yang dapur tu Azrin turunkan dalam 1ft gitu , sama gak ngan bilik ke 3 . master bedroom dan Hall. Cumanya hall tu Azrin buat special Lbox. Tambahan wiring untuk water heater, aircond dan beberapa soket and unifi cable. Harga kesemuanya dalam 10.9K tu tak termasuk barang elektrik contoh cam kipas dan lampu. 

Untuk wiring hall tu Azrin tukar posisi nye dari dinding kanan ke dinding kiri. Tips nya lagi, ketika renewate rumah pastikan korang plan dan tambah soket lagi dan lagi. Senang la nanti contractor korang nak tanam cable lektrik tu bagi kemas. Contractar tu pulak memandai2 built in cable astro. Dah cakap tak nak Astro. Aduhaiii, nampak kemas la jugak la. sebab wiring semuanya dia tebuk dan tanam dinding semula. 

 

tak settle lagi nie. Tapi Azrin dah post awal2. Nanti kalau ada pertanyaan DM kat comment bawah.

Rumah Pertamaku Part 4 : Pemasangan grill pada pintu dan tingkap

Defect dah settel azrin buat grill pulak . Actually Azrin dah hire contractor untuk kitchen konkrit . tapi masih pending lagi . so Azrin jump topik grill . Patutnya renovation siap dulu baru pasang grill. tapi disebabkan gatal nak tambah sana sini untuk renovation, so timeline nye jadi drag ke depan .

So patah balik cerita pasal grill, Azrin amik design yang jaring sebabnya kan..................Azrin fobia pada kucing. So nak ngada2 buka pintu , so idea jaring tu terlaksana. Tukang grill dengar reason Azrin pun pelik. Ada juga kat dunia orang takut ngan kucing. Maaf2 fobia je bukan benci kucing. 

Untuk bahagian depan cantiklah nak buat yg jaring2 nie, Kalau bahagian belakang Azrin buat palang melintang. Mula2 nak buat jaring . tapi rasanya tak berani nak buka pintu belakang plus pintu tu pun dah half solid drill. so cam impossible la kalau kucing masukkan. iya...iya...la tu.

Actually Azrin minat grill warna putih. tapi contractor suggest black matte. sbb ikut trend sekarang. dan hitam nie tak mudah kotor. cehh.ceh... pandai ye dia nak manupulasi kita. So Azrin pilih la black matte. Ada lock hole and mangga punya kunci . Cuma nya bila design anti-kucing nie, Azrin kene lock dari dalam sebabnya tak celus tangan nak keluar . hahaha......

Taraaaa.. the resultnya memang the bomb kau memang segak la. Puas hati gila. Sebab apa yang Azrin idamkan terlaksana gitu. Yang pintu belakang Azrin buat cam gambar dibawah. Oh ya , Azrin punya rumah dah takde space kat belakang .terus jalan lebar one way. So jarang2 jugakla nak buka pintu .


Harga ? harga untuk 1 rumah grill nie dalam RM3300 ni termasuk grill jaring depan, grill tingkap untuk 2 bilik, pintu belakang dan pintu kecil ke atap. Worth it kan . So agak oklah sebab zaman sekarang besi semua naikan. hadap jelah harga camtu yg penting puas hati. Service tip top . Kontraktor janji nak pasang dalam minggu ke2 raya . So seperti dijanjikan grill tu pasang sementara renovation masih  berjalan. Alahai berhabuk la grill aku nie. Kalau korang area klang, bukit kapar atau meru. nie Azrin share kan contact kontraktorya - 013 275 6613 ( Zulin )

Nanti Azrin buat part 3 yang renovation tu ,include kitchen konkrit, wiring dan plaster. tak siap lagi labu oii. harap2 sebelum raya la siap.

Tutorial Apps : Share data file, gambar dan video dari phone ke PC / Laptop

*tutorial nie untuk Android user. Azrin belum cukup pt nak beli apple

Azrin ada masalah nak transfer data dari phone ke PC . Azrin post entry melalui laptop. tak rajin la nak tulis entry dari phone walaupun phone tu pelbagai guna. Nak kena adjust picture punya size . Ohhh no.. makan masa. Azrin nak share camne korang leh transfer data korang ke PC.

 

Step 1 : Download Apps pada phone dan software pada PC

Caranya korang kene la download Share it pada phone korang dan pada window PC korang. Kalau pada phone korang kene downloads Apps tu melalui 'google play'. korang cari yang apps 'Shareit: Share & File Manager'

Then korang download pulak pada window klik nie untuk Download 'Shareit: Share & File Manager'. Kalau tak menjadi link nye pm Azrin kat comment bawah. 

 

Step 2 

Yang nie pening skit . korang kene paham kan betul2 .

Pada Phone :- Click pada apps > simbol + > Connect to PC > Scan bar code that show in PC 


Pada PC/Laptop :- Click pada icon software >Show QR Code > Scan bar code using your phone



 

Step 3 

Pada Phone :- Then korang click via LAN > Start . So phone dan PC korang dah connect.

 
 
Step 4 
 
Pada Phone :-  Apalagi ...sekarang dah boleh transfer data . Korang tekan yang icon warna oren tu (photo atau biru (files). Settle. ada lagii... aipp..cepat ye dia .. segala storage tu korang klick kat folder download . Selamat Mencuba.
 
    


P/S : Kalau ada yang nak request camne nak transfer data dari PC ke phone. Comment kat bawah nie.  Insyaallah, Kalau orang tanya Azrin sedia membantu.

Selamat bekerja dan berilmu.

Checklist packing untuk percutian / Template Vacation Packing List

*maaf title nya guna bahasa rojak

Last time management packing Azrin sangat teruk. Macam2 tertinggal. Bila dah berumah tangga Suami punya list pun kita kena ingatkan . Sampaikan barang Azrin sendiri semua tertinggal. Alahai suami... Ada sekali Azrin lupa bawa telekung. Mengagau solat guna tudung pin, pakai stokin kaki bagai. Disebabkan tu jugak Azrin ada prepare list untuk rujukan Azrin. Ilmu nie tak perlu nak kedekut kan so Azrin bagi template yang korang boleh edit dan ikut kesuasian citarasa korang. Nie size B5 tau. 


Klik sini untuk Template Editable


tekan link kat atas tu ye. Azrin bagi free je. Nanti korang doakan Azrin sihat sejahtera dan makbulkan doa Azrin. Amin. Terima Kasih pembaca !


Perfume Perempuan yang Sweet

Lain orang lain cita rasa. Kalau bab perfume Azrin suka yang manis. Konon2 cam perwatakan lembut la kot. Perfume nie pun macam imej kita. kalau kita suka jenis yg perfume unisex , its look like cam kita nie strong women gitu. Azrin takde la beli perfume yang original mahal beratus2 tu. Tak semestinya kena beli perfume yang mahal untuk kekal baunya  sepanjang hari. Yang murah pun ada.

Azrin pilih perfume yang dibancuh di Bandung. Azrin mula tertarik dengan perfume Bandung sejak bercuti di sana tahun 2017.  Bandung Indonesia memang terkenal dengan perfume. Rugi la kalau anda ke bandung tanpa membeli perfume. Tapi harus hati2. Anda tidak dibenarkan membawa terlalu banyak perfume ke airport. kalau kurang luck, munkin akan dikenakan caj. Pastikan korang punya bag pun diwrap.


Even korang kat malaysia . korang still boleh beli melalui agent perfume bandung . Harga untuk 1 botol 35ml lebih kurang RM23-RM25. Satu botol tu tahan 6 bulan , kalau korang selalu guna. Selalu Azrin beli lebih sebab nak rasa baru2 yang baru. So far wangian toplist untuk Azrin ialah:-

1) YSL Black Opium

2) Aqualina Pink Sugar

3) Lancome La Vie est belle

4) Paco Rebana Lady Million 

Selalunya Azrin beli dekat seller nie Perfume Bandung Segamat dan DV Perfume .

Rumah Pertamaku Part 2 : Periksa Defect Rumah Baru

Azrin dah settle hire contractor untuk periksa defect rumah baru . Report pun da diberi. Rumah tu dorang da tampal sticker untuk label pada kecacatan . After 2 weeks dah cantik da . Semua sumping2 , cat tak rata , crack , leaking dekat ceilling tu dorang da repair . cuma bahagian mozek dan bilik air je belum settle. 

Inspection report yg diberikan seperti di bawah nie . Nak tahu dia punya contractor, Azrin ada kepilkan di Part 1. Report ini ada 33 page termasuk cover page . so far Azrin rasa sangat berbaloi untuk newbie yang baru nak beli rumah pertama. Selepas dapat report nie, terus hantar ke Develop untuk repair . Masa untuk repair selalunya 30 hari.Yang ni pemilik rumah tak perlu bayar tau . Defect tu developer yang tanggung. Dia nya macam korang beli barang dan ada warranty. Normally developer akan bagi 1-2 years warranty. So korang rajin2 la follow rapat untuk tahu perkembangan lebih.


Untuk next step , Azrin tengah cari contractor ceilling dan grill . Bahagian tu Azrin da siap2 suruh suami carikan sbb tu kemahuan dia. Bahagian dapur part perempuan , so Azrin plan nak buat kabinet konkrit  dan pasang security door kat belakang rumah disebabkan rumah nie tak de space di belakang so Azrin mik langkah berjaga utk install security door. Harapnya berjaya la. 

Azrin duk area Klang, nanti Azrin share contact dorang . Kalau korang nak banding2 harga tuk projek next .


7kg Luggage Cabin Air Asia

Kalau korang bercuti kesuatu tempat lebih dari 4 malam , Azrin sarankan guna khidmat check in baggage. klau nak handcarry tu padanhnya lebih 7kg, unless korang memang backpacker yang sejati. Repeat baju dan pelbagaikan fashion. Sebab zaman nie zaman covid19, Azrin tak suggest utk repeat. Dah tukar gantung kat luar atau lipat masuk dalam plastik. Seal elok2. terpulang kepada cara masing-masing.

Ada beberapa barang yang tidak boleh dibawa. Mana-mana Airline pun, menegahkan korang untuk bawa. Benda nie tak de la diskriminasi. Ia lebih bertujuan keselamatan. 

1. Barang yang boleh masuk kabin pesawat.

INFOGRAFIS: 10 Benda yang Boleh Masuk Kabin Pesawat

sumber picture dari pak cik google

2. Barang yang dilarang dibawa 

 PT. Jasa Raharja - Persero - INILAH BENDA-BENDA YANG DILARANG DIBAWA  PENUMPANG PESAWAT TERBANG Demi keamanan dan keselamatan penumpang, ada  peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para penumpang pesawat  terbang, termasuk diantaranya peraturan

3. Elak bawa cecair yang berlebihan

Carriage of liquid, aerosols and gels on International flights

For security reasons, certain restrictions have been introduced to limit the amount of liquids, aerosols and gels (LAG) that guests may include in their cabin baggage on international flights.

  • LAG items such as drinks, creams, perfumes, sprays, gels and toothpaste must be in containers that have a maximum capacity of 100 ml/mg.
  • All LAG containers should fit comfortably in a transparent re-sealable plastic bag.
  • Each passenger is limited to only one transparent re-sealable plastic bag with a volume no greater than one litre and dimension no larger than 20 cm x 20 cm.
Carriage of liquid, aerosols and gels 
https://www.klia2.info/airlines/airasia-baggage-info/

Medication and food for special dietary requirements including baby food are permitted in your cabin baggage in a reasonable quantity for your flight. They must be declared and may be subject to additional security checks.

LAGs that do not meet the regulations will be disposed.

5.Beli baggage di online atau kaunter

Ada yang terlebih berat , sila add on pembelian baggage  ada yang 15kg / 20kg / 25kg / 30kg / 35kg / 40kg. Setiap baggage /box haruslah beratnya kurang dari 32kg, faktor ergonomik pekerja yang mengangkat buggage korang nanti. Berat baggage boleh dikongsi bersama penumpang yang sama booking number. Beli awal-awal semasa beli ticket. kalau beli asing dengan tiket harganya semestinya mahal. Berat nya pun, anda perlu la pilih dengan bijaksana.  penambahan berat selepas pembelian juga akan mendatangkan kerugian pada harga. Jadi rancanglah dengan bijak.

Untuk baby buggies / prams / strollers dan lain-lain mobility devices boleh check in secara free. Ahh sapa yang ada baggage tu, jangan lupa datang awal 3 jam dari masa berlepas. Que tu panjang .Kang ada yang tertinggal flight pula.