Genting Strawberyy Leisure Farm, Genting Highlands

 

Ingat kat Cameron Highland  je ker ada ladang strawberry , kat Genting Highland pun ada la. Terletak di bandar Gahtong Jaya . Belakang Hotel Seri Malaysia. Parking dekat sport centre berhadapan ladang strawberry tu. Cuma nya Genting Highland tu ada 1 je ladang. Entry kena bayar untuk dewasa RM15, Kanak2 RM10. Operasi mula 9pg hingga 6.30ptg . kat sini korang boleh petik strawbery sendiri .Kalau petik harga nya RM8-100g . kalau korang nak beli yang dah ready tu , agak mahal sikit banding yang petik sendiri dan Fresh , tu yang penting. p La amik bakul dan petik sediri. rasakan pengalaman tu di Genting Highland.

Strawberry kat sini merahnya berkilat. tu je yang buat tertarik tu. tapi better korang jangan amik yang merah nie kalau perjalanan ke rumah jauh. nanti lunyai bila korang sampai kat bawah genting highlands. kalau terus makan memang sedap manis. so amik la yg muda tak tua sgt. pastikan korang picit juga buah tu, amik yang keras ranum. Hari tu Azrin amik 2 bakul penuh adala sampai RM180 lebih gitu. 
 

Kat sini pun terdapat pelbagai bunga dan bee farm. nak cerita pasal bunga Azrin kurang handal lagi. Bawah nie Lavender nya . Nak tahu bunga apa lagi, korang kene pergi sana sendiri ye.

Part yang paling best, semestinya sesi mengambil gambar. kat sini pun ada photographer yang korang boleh hire untuk ambik gambar korang. Dorang ada booth kat sana. Dorang akan print korang punya picture. Harga Azrin tak sure la sangat. maaf ye.



No comments:

Post a Comment