Rumah Pertamaku Part 5 : Kabinet Dapur

Keinginan dan impian Azrin untuk memiliki dapur yg serba berfungsi setiap hari adalah impian yang Azrin pendam sejak dari dulu. Maksudya tiap2 hari masak la kiranya . Kalau boleh nak dapur tu berasap setiap hari. Jadi nya haruslah merialisasikan dapur impian. Sebabkan Azrin pernah duk umah sewa yang mempunyai kabinet dapur  jenis 3D glass. ketika itu, seluruh kawasan taman perumahan kami dilanda banjir kilat. Sampai lutut la jugak. Disebabkan terendam dalam air selama lebih dari 24 jam , struktur kayu pada kabinet tersebut mengembang dan merekah. Kesan dari banjir tu Azrin tergerak untuk beli kabinet yang tahan lama setelah pindah rumah baru .

Azrin letak space sebelah sinki tu as tempat membasuh (nak letak mesin basuh) which is built the socket dan water inlet and outlet.

Pemilihan sinki, mozek dan paip oleh Azrin

Banyak juga lah Azrin letakkan usaha untuk memilih dan membandingkan jenis kabinet. Secara tak lansung Azrin terpikat dengan design Alluminium Kabinet disebut sebagai Alloy. Tips YeAlloy nie ada kelebihan anti-termites, anti-rust dan takkan mengembang bila lembap atau kena air. cumanya harganya agak mahal. Kabinet yang 8ft panjang tinggi dalam 9ft pun memakan belanja lebih 11k. 

Azrin order melalui Alloy Kitchen . sebabkan showroom nya dekat ngan rumah Azrin. So Azrin decide nak amik . Hasil nya memang kemas . yang pasang kabinet tu cina . haruslah tahu kerja dorang agak teliti . Dorang punya customer service perempuan melayu Pn Ema . Dia akan guide dan beri advice semasa sesi rundingan. korang leh a pergi tengok showroom dan mintak quotation. installation tu kene que dan kene ada pembayaran deposit 50% untuk kilang buat kabinet macam harga bahan tu. Selain tu dorang pun ada hood installation service. Cina jugak yang tebuk dinding tu pun kemas . Mereka akan bagi suggestion before tebuk dinding kita. Masa time Azrin tu, hole tu terlindung dari paip air hujan , so Azrin suruh dorang pasang secantik munkin . So paip yang terpotong tu , Azrin mintak contraktor betulkan bagi kemas. Selain tu ada masalah backsplash rendah . Tips seterusnya, pastikan backsplash korang tinggi dalam 5-6 kaki. Rugi je nanti cam Azrin punya . Nak suruh contractor tu betulkan , cuma tak tersuruh lagi . insyallah nanti kalau rajin, Azrin buatlah sendiri . Hehehe .

Azrin pilih warna light oat yang wood stain punya corak. Selalu plain kan . citarasa Azrin yang ala2 kampung nie , Azrin combine kan warna putih dan light oak . Pada bahagian base Azrin letak 2 laci/drawer yang besar. Tips nie Azrin nak share kat korang . Drawer nie penting . Tak yah lah korang tertongeng2 nak amik barang yang dekat belakang if korang letak para kat bawah. Pilih laci yang besar, sebagai contoh twin drawer. Ia bagi memudahkan anda menyimpan barang yang besar. Pada drawer/laci pertama Azrin plan nak letak everything flour atau bahan2 masak yg dlm tupperware 1L tu. Untuk 2nd drawer Azrin plan pulak nak letak pinggang mangkuk yang kaca. so tak yah la nak letak kaca kat atas. Jatuh berkecai dah susah. sebabkan tile konkrit Azrin warna putih , base dan struktur atau tulang Azrin pilih warna light oak. Pada bahagian atas pula , Azrin memilih putih pada pintu. Tips lagi, kalau suka kabinet warna putih pastikan pintu bahagian bawah tidak berwarna putih, seeloknya pilih warna lain. Penjagaan agak sukar. Kalau rajin ok je . atau kalau malas masak boleh je guna putih .


Azrin bagi gambar segedabak . pasal sinki tu memang pelik sebab ruang dapur Azrin sangat lah kecil, sebab Azrin letakkan mesin basuh di sebelah sinki. Mulanya memang rasa kecewa . tapi no option . nak santak renovation ke belakang, umah Azrin tak de ruang belakang . Cumanya nie pilihan yang ada, selain Azrin rasa syukur untuk terima kekurangan . gitu....K

Kecil dan berasap setiap hari . itu titik noktah bahagianya dapur ku.

No comments:

Post a Comment