Sekarang selangor dah fasa 4 . Aktiviti rentas negeri dibenarkan . Sebab tempoh hari air selangor buat hal . Terpaksala azrin tukar planning utk bermandi di pahang .
Memang unplanned . Nak buat camne acara tahunan selangor berlangsung. So kita yang rakyat jati selangor terpaksala merantau mencari sebaldi air untuk mandi.
Jom kita mulakan cerita bercuti di luar negeri selangor . Kita cari yang dekat .yang sejuk2 .yang aman damai. Yang bukit bukau ... haaa korang mesti tahu dimana lokasinya . Jeng...jeng... lokasinya di Genting Highland Pahang
Untuk accomondation , azrin cari melalui booking.com , Seperti biasa haruslah cari yang lebih murah. Scroll nampak yang murah .nampak yang ada 5 bintang .apa lagi time nie la nak try hotel 5 star dengan harga yg berpatutan.
Tu ha azrin pilih Geo Resort & Hotel
untuk tahu lebih lanjut kemudahan dorang. Just tekan 'see availability'.Azrin pilih yang pakej bawah nie included breakfast .
BREAKFAST
My wish memang nak rasa breakfast buffet dorang. Rugi kalau anda lepaskan peluang untuk breakfast dimana2 hotel . Lain hotel lain la pengurusan hidangan sarapn pagi mereka.
So far memang best makanan dorang. Ada nasi lemak , mihun goreng, thosai, buah, western food . Maaf azrin tak amik gambar makanan .time tu lapar sangat . Biasa lah duk kat tanah tinggi.
Kurang best sebab air juice dorang rasanya macam yang kordial. Rasanya kalau juice orange pure pun sedap juga
ROOM
Bilik memang tip top .ada iron . Coffee maker . Ohh azrin ada shot video buat coffee. Nanti azrin berkelapangan azrin akan edit and upload kat entry baru .
CHECK IN
Nie cam sedih sedikit . Kita orang sampai dalam pukul 3.14pm .hari sabtu. So ramai la orang stay kat sana. Kena que lama . Ada yang baru payment guna cash bagai. Card tak dapat detect la . Lama menunggu . Sabar je la... perlu ada penambahbaikkan . Gunakan system auto payment pun dah ok .
CHECK OUT
Mudah sangat2 .azrin just hantar key card .then dorang check . Pastu setel . Tak sampai 3 minit pun .alahai... kan best kalau check in pun camtu.
VIEW
Cantik pemandangan kat sana . Interior design menarik . Ada seni disitu boleh la korang amik gambar Gambar tu dalam camera azrin . Insyaallah sempat nanti azrin upload banyak2 ya. Hotel ni dekat dengan Genting Strawberyy Leisure Farm, Genting Highlands. p la singgah sana kalau korang berkujung ke sini.
SWIMMING POOL / GYM / ZUMBA
Kemudahan nie semua ada. Tapi ada limit nya . Biasa la time covid .dorang limitkan orang . Kena amik turn .
Nanti azrin sambung ada video dan view utk dishare .
No comments:
Post a Comment