MY FIRST HOME

 SEBELUM BELI RUMAH

Azrin tak sangka, Azrin dapat beli rumah seawal ini. walaupun rumah nie tak sehebat rumah yang lain. Azrin cukup rasa lega dan bersyukur. Perjalanan beli rumah ni macam miracle sikit. Actually masa Azrin nak beli rumah nie, Azrin dalam phase hati sedih sebab ada yang mebandingkan Azrin dengan orang lain. Allah da aturkan segalanya. Azrin belajar untuk pasrah dan go for ahead untuk cari rumah. At least tak dapat kahwin, dapat rumah pun jadikan lah. Azrin just cari kat FB dan google. Entah camna Allah bagi magic, Azrin jumpa iklan beli rumah baru di Klang. Sebabkan harganya agak reasonable, so Azrin booking dan secepat munkin deal dengan bank untuk loan dan rumah tu adalah unit yang terakhir sebab loan orang sebelum nie kena reject.

Rumah Contoh

By the way, loan Azrin adalah full loan dan atas nama Azrin sorang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Allah tu Maha Mendengar. Process permohonan tu selesai pada bulan Nov2019. Masa tu da cakap kat hati kecil. 'Kalau tak de yang minang, after siap rumah nak concentrate pada diri sendiri'. Allah tu Sangat Hebat sebab tiba bulan Dec2019 ,COVID19 melanda dunia dan malaysia. So tergendala la pembinaan rumah Azrin nie. 

PKP Phase - Pembinaan rumah tergendala

Dan dalam PKP tu, Allah berikan Azrin rezeki lagi dengan gelarnya status baru Azrin sebagai isteri orang. So 2021 kita orang pun da selamat bernikah dan Azrin rasa Allah tu Maha Mengatur segalanya. See.... HE is the best. Pada Jan2022 Azrin dapat kunci rumah. 

Psst.. Azrin da terus terang kat suami pasal planning Azrin yang dulu2 tu nak reject dia if dapat kunci sebelum kahwin. Azrin tak nak paksa ye dia kahwin dengan Azrin. Bagi Azrin kahwin nie bukan kena paksa tapi dari hati kita. Kalau da bersedia katakan YA.  Kahwin bukan senang dan jangan buat main-main. Kahwin tu suci dan indah, sebab tu Azrin hormat decision orang lain. Kalau boleh Azrin nak perkahwinan yang berjaya, bukan berjaya di dunia sahaja tetapi di akhirat juga. BERJAYA meaning nya BESAR untuk Azrin.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------

SELEPAS BELI RUMAH


Omah Sewidak Papat

Alhamdulillah da berjaya dapat rumah pertama dalam usia 29. Guys tak perlu nak bandingkan rezeki kita dan orang lain. Allah tu adil. Kat sini Azrin bercerita panjang pasal perjalanan rumah Azrin. Harap ia memberi manfaat kepada semua.

1. Rumah Pertamaku Part 1 : Langkah seterusnya setelah dapat kunci

2. Rumah Pertamaku Part 2 : Periksa Defect Rumah Baru

3. Rumah Pertamaku Part 3 : Konkrit Dapur, Ceilling dan Wiring

4. Rumah Pertamaku Part 4 : Pemasangan grill pada pintu dan tingkap

5. Rumah Pertamaku Part 5 : Kabinet Dapur Alluminium

 

 

 


 ------------------------------------------------------------------------------------------------

 ORGANIZE 

Seorang yang minimalis . tak suka bersepah . basuh blik air haruslah setiap minggu . bowl dan cermin bilik air semestinya setiap 2hari. Bukan la OCD , dah kita nie pompuan pantang nampak kotor kan. Organize haruslah untuk menjimatkan masa. Cantikkan diri semestinya untuk rasa self confidence. Tak pandai la sangat-sangat just Bachelor Degree holder. Suka peralatan rumah warna putih sebab nak nampak rumah besar macam orang kaya raya walaupun sebenarnya rumah kos rendah. suka wooden base pada alatan dapur, itu adalah nilai estitika.

Banyak tips organize untuk dishare, kita share sikit-sikit, banyak-banyak nanti semua orang pening kepala. kalau ada benda nak share boleh PM Azrin . tapi Azrin bukan Prime Minister tau .

Organize Tips

  1. Penyimpanan Rempah Ratus



No comments:

Post a Comment