Sebab ramai da perempuan sekarang yang berkerjaya. Pergi keje awal pagi, pulang kerja lewat petang. Masa yang ada terlalu singkat untuk buat kerja-kerja harian dirumah , nak mengemas, mengemop, menyental, memasak dan memacam-macam lagi.
Azrin nak berkungfu kat rumah , selepas balik keje memang haru-biru , So banyak jugak pekara-pekara lain yang Azrin Organize, next time Azrin share dengan korang camne nak organize segala nya.
yang nie Azrin share untuk masak. Penyediaan memasak tu yang membuat nye renyah , nak masak tu senang je , main campak je segala jenis bahan ke kuali,
Azrin buat bawang kisar untuk kemudahan korang ye. boleh play video di bawah
Azrin gunakan, 500g bawang , ikut korang punya keperluan . Kupas kulit bawang dan cuci. Pastikan bawang tu kering betul-betul. tak nak ada air. pastu boleh la blend campurkan dengan minyak bersih jugak tau, tahap lumat/hancur tu terpulang pada korang. Kalau Azrin yang sedang2 tak terlalu hancur. tu terserah , tak de sapa nak marah . bawang kita belikan ? hehe
Then korang kene sediakan bekas dan letak minyak bersih dalam bekas tu dalam 1 senduk besar. Korang ratakan minyak tu pada permukaan bekas. ini bertujuan untuk memastikan bawang tu tahan. akhirnya boleh la masukan bawang kisar . Jangan lupa label tarikh preparation tu . senang untuk rujukan korang . Selalunya bawang kisar tahan dalam 3 -4 minggu letak dalam chiller . kalau dalam freezer lagi lama tahannya dalam 2 bulan gitu.
Selamat Mencuba. Kalau ada any tips yang nak share .boleh pm Azrin . nanti Azrin try and share .
No comments:
Post a Comment