Percutian di Kundasang & Kota Kinabalu 4 hari 3 malam


Percutian nie ada percutian yang Azrin nantikan selepas 2 tahun kita ber PKP dan tak merentas negeri dan juga rindu nak makan nasi lemak Pak Nasir kat atas awan. Walaupun tahu berlambak da Restoran Santan tu, Tapi tah kenapa rasa cam perlunya short vacation. Sebenarnya short vacation nie lebih kepada Honeymoon yang pertama dan ulang tahun percintaan kami yg k-6. Kat sini Azrin selitkan itineray untuk tahun 2021.

 


First Day 

Percutian yang budget nie Azrin choose Air Asia . Masa tu harga tiket dalam RM99 untuk 1 hala penerbangan. not bad la kan. Selalunya harga menjangkau RM150-RM300plus gitu. So bagi menyambut saranan kerajaan untuk bangkitkan industri perlancongan, so Azrin pilih Sabah sebagai destenasi untuk menyumbangkan duit2 ku ke Sabah.

 

untuk penerbangan ke Sabah Azrin sarankan korang untuk ambik penerbangan yg pertama iaitu dalam pukul 8am. alaaah ambik awal tak semestinya sampai awal. Kebiasaannya Air Asia akan delay atau reschedule. so langkah yg berjaga amik la awal. tapi kalau da sedar amik penerbangan awal, datangla ke airport pada waktu awal.digalakan datang awal 2-3jam bagi penerbangan domestik. Berlajar la dari kesilapan Azrin .hukhukhuk. Azrin punya flight pukul 10am then reschedule pukul 1. itupun 3 kali reschedule. Perjalanan makan masa 2jam 30 min.

5:00pm : sampai Kota Kinabalu airport. turun je flight pergi ke gate bagi penerbangan dari semenanjung. terletak dihujung airport belah kanan. time covid  nie , ada pemeriksaan dari JKNS untuk interview sedikit pasal sejarah pergerakan korang untuk 14 hari yang lalu. Lepastu korang jalan ke imigresen untuk dapat kan Dokumen Jalanan Terhad . size doc nie kecik je. Korang simpan jangan hilang . doc nie mesti ditunjukan di airport pada hari korang balik. kalau hilang kena inform pada imigresen sabah di airport. 

5:30pm: kereta sewa dihantar ke airport sampai. kalau naik kundasang cari kereta yg cc besar skit. cari juga kereta yg bonet nye besar , untuk masukkan luggage korang.

8:30pm: Perjalanan dari KK ke kundasang 2 jam. ia akan menjadi lama bila ada kenderaan berat dihadapan yang sedang menekan pedal untuk naik bukit. Kat sabah pemanduan mereka adalah cermat berbanding orang semenanjung . jadi anda semua silalah serap culture bersabar disana. Nak laju2 buat apa, tengah bercuti kan.

9:00pm : Check in di Celyn Resort . Makan makan malam di kafetaria Celyn. Sebab da penat dan malas nak cari restoran .kita org makan je dekat cafe resort.

 

Second Day 

4:30am :bangun tido.Subuh di Sabah adalah awal. bermaksud matahari terbit adalah pada pukul 6am. 

5:00am: bergerak ke Sosodikan Hill. buka pada pukul 6am. tapi kitaorang mintak orang tu utk buka awal. So jadila kami orang yang terawal dalm pukul 5:30am. Pemandangan di Sosodikan Hill sangat la lawa. begitu dekat dengan Gunung Kinabalu. rasa tak nak balik.  level hiking nya adalah mudah . kalau nk pakai skirt pun ok je.cantik gitu amik gambar disana. sila ambil gambar banyak2.

6:30am: turun dari bukit dan sarapan diresort. pukul 6am sosodikan dipenuhi dengan ramai orang jadinya kami cepat2 turun. nasihat untuk bawa stand camera sendiri sebab orang lain dok sibuk bergambar. nak minta tolong cam malu sedikit.hehe

8:30am: Siap sarapan di resort, kami ke war memorial. war memorial nie dibina  bagi Tawanan Perang Australia dan British yang berani mati di Sandakan dan semasa perarakan kematian yang terkenal ke Ranau semasa Perang Dunia II. Memorial itu juga mengenang rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tawanan perang. 

10:30am: Lunch di Sabah Tea. Azrin order mee tomyam. Nak rasa camna orang gunung buat tomyam. Tomyam nya ala2 mee bandung dan perasa tomyam. Mula2 rasa pelik.. eh order mee bandung or tomyam. tapi lama2 tersuka pulak . 4 bintang kita beri uolls.

2:00pm: Pekan Nabalu. Pekan nabalu nie ada menjual souvenier, amplang dan keropok cincin. Harga murah sikit beza dlm 50cent dari di Kota Kinabalu. Azrin beli sepeket untuk kudapan di Sabah, Untuk jajan bawa balik ke semenanjung Azrin beli di Kota Kinabalu. senang packing dalam kotak. kat sini azrin beli baju kelawar design batik sabah dan kain sarung sabah. semestinya Azrin akan beli keycain nail clip. Nak bagi orang keycain mestila berfunction kan. 

5:00pm: Minum petang di Glass restaurant. Kopinya pekat mak oiii... sedap

7:00pm: Ayam kepak pak ali yang viral tu. so far Azrin bg 3 bintang. Restorannya kurang bersih selain sistem dan kesedapan nya kureng. So kitaorang bawa balik ayam dan makan di bilik.


Third Day

4:30am: di kundasang silala bangun awal. nikmatilah sun rise. rugi kalau tak spend masa. masa booking hotel, memang Azrin da request dengan husband nak view gunung kinabalu. Memang seronok , minum kopi sambil tengok pemandangan yang cantik. Mashaallah. korang amik video lapse dari pukul 5.30-6.30am .confirm lawa.

7:00am: breakfast di resort dan gerak ke kota kinabalu

8:00am: Singgah di Pekan Nabalu untuk ambil gambar lagi berlatarkan gunung kinabalu. pesanan pada uolls pukul 9am keatas gunung kinabalu akn disaluti kabus atau awan . so akan menutup pemandangan gunung itu . jadi silala ambil gambar awal2 ye.

11:00am: Makan tengah hari di Kedai Abang Amin. Ini adalah kedai yang paling sedap. tak de kat semenanjung. menu yang paling sedap puding kelapa. puding tu dia hidangkan dalam kelapa. serius sedap. benda tu la Azrin nak repeat 1 day nanti.bakso dan lokan bakar pun menjadi tarikan dan semestinya sedap. 5 bintang untuk kedai nie.

2:30pm: Check In Shang Ri La resort.  rehat2 di persisiran pantai. bilik mengadap pantai memang indah rasa nak tambah lama lagi kat KK. 

6:30pm: gerak ke Todak waterfront . Makan malam dengan lobster . Harga hangus makan malam RM130 not bad. price macam absolute thai . tak rugi pun makan sekali seumur hidup. yang penting fresh. kedai kat waterfront nie banyak. bila korang sampai nie , semua akan terpa korang . bisik2 la. sebenarnya harga sama ja. kami pilih kedai dihujung sebab ramai orang dan pembantu kedai itu tidak memaksa seperti kedai2 yang lain. Makanan laut yang korang perlu ambil adalah lobster , ketam, sotong. masakan yang sedap lobser masam manis, ketam salted egg, sotong goreng tepung..uish sedapnya. nak repeat lagi. 4 bintang untuk waterfront..hahaha

8:30pm: pasar sisurin . pastikan korang pandai tawar menawar .Azrin sempat grab baju batik lelaki, crystal extension mask, . tak beli pear sebab dah ada orang beli sebelum nie dan kurang minat pearl. hehe

9:30pm: Beli ikan bilis ,ampalang, kopi tenom, ikan masin dan keropok cincin. tempat nie banyak labur duit , dlm rm600 berkilo ikan bilis mata biru yang berkopek.


 

 

 

No comments:

Post a Comment